Tuesday 26 March 2013

keep on smile :)





EvErYtHiNhGs HaPpeNs FoR gOoD rEaSoNs ...
  
  hey ! salam semua .. :)

   beberapa hari yang lepas result SPM dah keluar kan ?? so how's?
  buat semua yang berjaya ,congratulations!!! bersyukur lah dengan rezeki dan nikmat yang di kurniakan oleh-NYA .. Dan bagi yang kurang berjaya pulak .. keep on smile :)
tak yah laaa sedih-2 sangat .. walau kite meraung menangis macam mana sekali pun ,keputusan tu dah tak boleh di ubah .. so jalan terbaik adalah redha .. mungkin sudah di tetapkan rezeki kita untuk SPM banyak tuu je . takpe la. rezeki ni ALLAH dah tetapkan .. mungkin rezeki kita lagi banyak bila dah melangkah ke university nanti .. just keep on smile .. :) . bila hati kita dah redha dgn setiap ketentuan yg telah di tetapkan untuk kita , kita akan ikhlas dan tidak lagi mengeluh .. rezeki masing-masing ALLAH dah tetapkan .. kita kena terima setiap apa yg di berikan oleh kita ..

   SPM bukan segalanya . tapi buat candidate untuk tahun ni dan tahun-tahun seterusnya jgn lah pulak korang buat tak endah je nak study untuk SPM ni .. sometimes , SPM ni boleh jd permulaan untuk segalanya . but i said sometimes .. tapi buat yg kurang berjaya , jgn risau . takde pon org yg nak bunuh kamu kalau kamu fail SPM sekali pun .. kadang-2 mungkin kita akan rasa tersangat kecewa . yup .that's true . normal la kalau rasa kecewa tu bertandang tanpa di undang .. tak salah untuk rasa macam tu tapi jangan sampai rasa tu membuatkan kita down, sampai taknak buat apa-2 .. itu yang salah nya ..

  jangan la kita risau sangat .. kadang-2 rasa kecewa tu la yg membuatkan kita lebih bersemangat untuk terus belajar dan terus mencapai kejayaan seperti yang kita nakkan ..
tu laa nak cakap kat sini , kadang-2 bila seorang tu gagal dia akan rasa marah dan kecewa . so dia akan berusaha lagi untuk mencapai kejayaan .. ingat , jangan jadi sebaliknya pulak .. dan , kita pun kena ingat jugak , mereka yang brjaya adalah mereka yg pernah gagal .. 
.. ALLAH jadikan sesuatu perkara tu bersebab .. so , kita tak payah la nak risau sangat .terus usaha , berdoa , solat hajat banyak-2 dan the most important is tawakkal dan berserah diri padaNYA.. mungkin ALLAH gagalkan kita hari ini sebab dia nak beri kejayaan yang lebih besar pada kita di kemudian hari .. so , always think positive .. sentiasa bersangka baiklah dengan ALLAH ,, keep on smile :)

Wednesday 13 March 2013

redhakah ?




... redhakah hati dengan ujian ini ?
  tahun pertama , dia yg di sayangi pergi menyambut seruan ILAHI . terasa bagaikan mimpi . satu mimpi yang ngeri . ingin sekali sedar dari mimpi yang begitu menjerut hati .. kenyatan yg amat berat untuk di terima hati , namun itulah kenyataan ... walau berat sekali . hati di kuatkan agar redha , redha dengan ketentuan dari-NYA .. tahun kedua , satu lagi tragedi menimpa . dia yang juga di sayangi pergi menyambut seruan yg maha Esa .darah daging sendiri . di usia yg masih muda . sedarlah hati, mati itu tidak mengira usia .. ujian apakah ini ? kenapa harus di lalui .. kenapa harus di ambil mereka yang di sayangi ..adakah redha hati ini andai ujian seberat ini ? tahun ketiga , dia pula yang pergi . di panggil ILAHI .. juga yang hampir dengan diri ini .. juga darah daging sendiri .. 3 tahun .. hilangnya 3 orang yg bermakna di hari-2 ... 


    ... hati terdetik ,
  mengapa begitu berat ujian yang harus di lalui ?
    ... hati memujuk ,
  ALLAH tidak akan menguji setiap hamba melebihi kemampuan hamba itu sendiri ..
    ... hati terdetik lagi ,
  mengapa harus aku yang melalui ujian ini ?
    ... yang lainnya memujuk ,
  tandanya ALLAH sayang akan diri kamu . DIA mahu kamu sentiasa mengingati DIA ,sentiasa mendekatkan diri padaNYA dan tidak lalai dgn kehidupan dunia ..

mengeluh ...
berfikir sejenak ,
mungkin masih banyak lagi kesalahan atau dosa atau mungkin juga maksiat yang dilakukan di dunia ini ? 



tarik nafas dalam-dalam ...
lepaskan dengan sepenuh hati . seolah-olah melepaskan satu bebanan yang berat .. 
mengimbas kembali setiap kesalahan , dosa dan maksiat yang pernah di lakukan ..

merenung ke hadapan .. kosong .

memang banyak perkara salah , dosa dan maksiat yg dilakukan di dunia ini . mungkin dalam sedar . atau mungkin juga tidak ..
semua perkara itu boleh mencetuskan kemarahanNYA ..sedarkah hati tentang itu ? 
cuba berfikir lagi , sama sahaja bila di tempat orang , pasti setiap salah ada balasan . setiap salah ada teguran ..hidup di dunia ini juga pinjaman .. hak milik TUHAN .. 
fikir lagi , 
pernah terdetik soalan ini 
"adakah mereka yang di uji oleh ALLAH adalah mereka yg banyak mekakukan dosa & maksiat ?"
   


  " kenapalah semua benda jadi macam ni .. berat sungguh ujian ini .kenapa mesti jadi macam ni ?!! menangis ..
  " ALLAH sedang menguji hambaNYA .. redhalah dengan setiap ujian yang di berikan olehNYA ,,." tarik nafas .. 
  "hati ini sudah redha .. andai tidak , mungkin sudah tiada di sini .. andai hati ini tidak sabar, apa saja kemungkinan boleh berlaku .." mengeluh , . menangis .
  "redhakah hati andai masih mengeluh dengan setiap qada' dan qadar yang telah di tetapkan olehNYA ?? redhakah seperti itu andai mulut masih belum berhenti mengeluh ?? seolah-olah menyalahkan takdir di atas setiap apa yang berlaku ??"
 senyap seketika ......


merenung jauh .. 
    

   astaghfirullahal'azim... ya ALLAH , benarkah hati ini redha andai hati ini masih belum mampu rela . ikhlas . ya ALLAH , redhakanlah hati ini untuk menerima segala ujian dari-MU ...