Tuesday 24 March 2015

For the time being

Assalamualaikum...

Hai.

Emm. Macam mana nak mula ayat ya ? Hahaha.

Okay. Tak ada nak cakap apa pun. Cuma nak bagitahu untuk beberapa ketika mungkin blog ini akan jarang di update kerana saya lebih kerap menghapdet entri dekat blog satu lagi. Eheh.

Bukan tak hapdet langsung kat sini tapi mungkin jarang jarang. Bukan apa, saya harus memilih untuk lebihkan kasih sayang kat yang mana satu. Ok. Dah mengarut ni. Abaikan.

Okay, sebenarnya saja je. Sebab niatnya nak design balik blog ni dan ingatnya nak ubah sikit sikit kalau jadi, In shaa Allah.

Jadi, lepas ni saya akan banyak menghapdet belog kat sini ya. Jemput jenguk ya. Heh . :3

Ok. Wassalam.

Oh ya. Sebelum terlupa. Esok ada quiz sebenarnya. Ok. Quiz je pon kan...  erkk. Kalau ada yang sudi doakan terima kasih in advance .

*malu*

Adios.

Salam sayang.

Wednesday 4 March 2015

Bus Stop

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita kejadian beberapa minggu lepas. Waktu tu aku kat KL sentral, nak ambil bas nak balik Shah Alam. Rasanya waktu tu aku baru sampai KL dari Terengganu. Ya, cuti waktu CNY hari tu. Kebiasaannya kalau naik bas pagi, petang dah sampai. Tapi hari tu memang jalan jem teruk, jadi malam baru sampai. T-T Risau jugak lah aku waktu nak balik hari tu sebab dah lama tak balik malam. Okay sambung balik cerita tadi. Emm, dekat bus stop tu memang ramai la orang tengah tunggu bas sebab entah kenapa tetiba hari tu Rapid KL buat hal pulak. Ada sesetengah bas yang tak datang. Aku tahu pun sebab aku dengar ada pakcik yang duk membebel sebab dia tunggu bas nak dekat tiga jam tapi tetap tak sampai sampai jugak. Aku diam je lah. Walaupun sebenarnya aku pun tengah geram jugak sebab aku pun dah lama tunggu bas kat situ tapi tak sampai sampai. T-T

Selain dari orang yang sempurna yang tengah tunggu bas kat situ, ada jugak beberapa orang yang buta yang tengah tunggu bas kat situ. Memang kesian, dengan keadaan mereka macam tu. Dah la orang ramai, nak berjalan pun agak susah. Pastu kan, waktu aku duk perhati je kat setiap orang yang ada kat situ, ada la aku nampak seorang akak buta. Dia baru je sampai dekat bus stop tu. Ada orang pimpin dia waktu tu. Kebetulan pulak waktu tu bas yang dia nak naik tu ada kat situ. Tapi kan, hati aku ni sakit jugak lah tengok kelakuan pakcik pemandu bas tu. Sebabnya, perempuan india yang tolong pimpinkan akak buta tu dah tolong tahankan bas tu suruh berhenti sebab akak buta tu nak naik tapi dia tak berhenti pun dan buat tak tahu buat tak nampak je. Bas tu jalan macam tu je. Mula mula tu aku cuba husnuzon (sangka baik) gak ah sebab mungkin pakcik bas tu tak nampak. Tapi bila akak yang buta tu pun cuba untuk tahan jugak bas tu dengan menghalakan tongkat dia betul betul kat depan bas tu, macam tak logik jugak lah kan kalau pakcik tu tak nampak. Maaflah kalau kasar, tapi aku nak cakap jugak, yang tak nampak orang yang tahan bas tu, bukan orang yang pandu bas tu. Kalau terlanggar akak tu macam mana ? *geram*  Kesian lah dekat akak tu, lepas tu lama pulak lah dia nak kena tunggu. Dahla bas yang datang lepas tu dia tak boleh nak naik jugak sebab dah full. Hmm, itu sebab lah aku geram sangat dengan pemandu bas tu.

Okay, habis cerita pasal tu. Nak cerita pulak yang lain. Waktu aku tengah duk tunggu bas tu, ada la sorang pakcik cina ni, dia pun buta. Waktu dia jalan jalan tu tongkat dia terkena kat kaki aku. Tak apalah sebab dia memang tak nampak. Dengan keadaan orang yang ramai tu lagi. Lepas tu dia pun berdiri kat sebelah aku. Dia tanya la kat aku, ada tak bas (dia sebut nombor bas) yang dia nak naik. Tapi waktu tu memang tak ada pun bas yang dia nak naik tu lalu kat situ. Lepastu dia pun sebut la nombor beberapa bas yang dia boleh naik untuk balik ke tempat dia. Aku pun dengar la sambil tengok tengok kalau kalau ada bas yang pakcik tu nak naik lalu kat situ. Waktu aku tengah berdiri kat situ sebenarnya dah lama aku duk bau asap rokok. Memang aku tersangatlah geram sebenarnya sebab aku memang tak suka bau asap rokok. Rasa macam lemas dan tak boleh bernafas. Tapi waktu aku kat situ macam dah tak boleh nak lari sebab memang ada beberapa orang jugak lah yang tengah hisap rokok kat situ. So, banyak la asap rokok yang berterbaran di udara kan. Eh, betul ke tatabahasa aku tu ? Biarlah. Abaikan. Haishh, pencemaran udara betul. *jeling* Dan tiba tiba pakcik cina yang duk sebelah aku tu, mendengus. Cehh, mendengus. Eh tapi betul la. Dia macam mendengus nak marah cam tu lah. Seingat aku dia cakap macam ni lah lebih kurang, 'eii bau asap rokok ni busuk la. Jijik la bau dia. Macam bau najis bau asap rokok ni.' Pehh, terkejut aku waktu dengar tu. Hahaha. Dahla dia cakap kuat. Aku rasa dia memang saja nak suruh orang yang hisap rokok tu dengar agaknya. Aku diam je. Speechless jugak lah kan. Tapi, serius cakap, aku tak suka, nak marah, benci, geram macam mana sekalipun tak adalah sampai aku berani cakap macam tu. Paling tak pun aku akan perli perli geram macam tu je lah. Dan mendengus sikit sikit nak suruh orang yang merokok tu faham sikit yang aku tak suka dia duk hembus asap rokok depan aku atau kat tempat kawasan aku duduk. Hmm, mungkin aku tak berani nak cakap lebih lebih sebab aku ni perempuan. Yang duk hisap rokok tu pulak lelaki. Jadi, macam bahaya gak lah kan. T-T.

Waktu pakcik tu marah marah, aku tak tahu nak respon macam mana. Hahaha. Jadi aku diam dan senyum je dan angguk angguk macam tu je lah walaupun aku tahu dia tak nampak pun aku buat macam tu semua. Haihh. Jadi, aku rasa dia sangat lah tak suka bau asap rokok sampai dia cakap macam tu. Tapi aku pun memang sangatlah tak suka orang hisap rokok, terutama sekali kalau depan aku. Hmm, macam tak reti nak hormat orang la kalau hembus asap rokok tu sesuka hati sesedap rasa diorang je. So, itu je aku nak cerita sebenarnya. Beberapa kejadian dekat bus stop. Tapi kan aku faham betul la perasaan orang yang tak suka dan nak marah bila ada orang merokok dekat kawasan mereka berada sebab aku pun rasa perasaan yang sama. Jadi, konklusinya, orang yang nak merokok ni elok pergi jauh jauh la, jangan nak duk dekat dengan orang lain sebab kebanyakan orang sangat lah tak suka nak sedut bau asap rokok tu. Ye lah. Siapa je yang suka kan ?

Ok?

Adios.

Salaam .

Monday 2 March 2015

Tak Kuat

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah.

Tulisan ini ikhlas dari hati.
Tak pasti samada ini suatu pengakuan atau luahan. Atau mungkin kedua duanya sekali.

Aku lihat ramai dari mereka yang buat silap. Sejenak aku tersedar aku juga silap.
Aku lihat ramai dari mereka yang langsung tak hiraukan soal agama. Sejenak aku terfikir, usaha aku untuk tolong agama sedikit mana?
Aku lihat ramai antara mereka yang hidup nya bebas. Sejenak aku terdetik, adakah aku yang leka, bilamana 'mereka' yang aku sebutkan adalah mereka yang aku kenal rupa dan nama?
Adakah aku seorang yang mengabaikan tanggungjawab?

Satu perkara yang sentiasa ada di fikiran . Mampukah aku untuk menjawab setiap persoalan yang bakal di soal di sana kelak? Di manakah aku yang seolah olah mengabaikan tanggungjawab?

Istighfar. ALLAH, ampuni aku. Ampuni mereka.

Sungguh, aku tak kuat. Suatu perkara yang aku tak malu untuk berkata.

Ya. Ingin aku ulang sekali lagi. Aku tak kuat. Lagi, aku tak kuat. Ya. Aku tahu betapa lemahnya aku. Mungkin aku punyai jasad yang kuat. Tetapi kekuatan iman tidak bergantung kepada kekuatan jasad.

Sungguh, aku tak mampu. Aku juga sedang memperbaiki diri. Memperkukuh tempat aku berdiri. Mencari jalan yang hakiki. Sepi aku kerana cuba untuk bersendiri, supaya pada pemikiran aku mampu aku temui diri dengan cara itu. Aku menunggu dan masa terus berlalu. Tapi sejenak aku sedari, berjalan lah sambil mencari. Mungkin dengan cara itu aku akan temui identiti diri. Tidak ada gunanya aku masih berada di tempat yang sama.

Aku pernah mengeluh. Mengeluh dengan diri sendiri. Kerana sekecil kecil perkara aku masih belum mampu untuk menegur. Kadang aku sendiri tidak tahu kenapa dengan diri aku.

Sebelum aku kenal dunia aku yang kini, aku tahu mereka yang menegur pasti akan di cemuh, di caci, di maki. Bukan aku tak pernah lalui semua itu. Adakah aku lemah di sebabkan oleh perkara itu?

Sungguh, aku masih berusaha. Berusaha untuk jadi kuat. Untuk jadi seorang yang mampu untuk memperbetulkan sesuatu perkara yang aku sendiri tahu ianya salah. Bukan hanya memandang tanpa perasaan. Proses untuk aku jadi lebih baik itu sentiasa berjalan. 'Work in progress'.

Aku juga mohon doa dari kalian. Maaf atas segala kekurangan dalam penulisan mahupun di luar.

Terima Kasih.