Wednesday, 13 March 2013
redhakah ?
... redhakah hati dengan ujian ini ?
tahun pertama , dia yg di sayangi pergi menyambut seruan ILAHI . terasa bagaikan mimpi . satu mimpi yang ngeri . ingin sekali sedar dari mimpi yang begitu menjerut hati .. kenyatan yg amat berat untuk di terima hati , namun itulah kenyataan ... walau berat sekali . hati di kuatkan agar redha , redha dengan ketentuan dari-NYA .. tahun kedua , satu lagi tragedi menimpa . dia yang juga di sayangi pergi menyambut seruan yg maha Esa .darah daging sendiri . di usia yg masih muda . sedarlah hati, mati itu tidak mengira usia .. ujian apakah ini ? kenapa harus di lalui .. kenapa harus di ambil mereka yang di sayangi ..adakah redha hati ini andai ujian seberat ini ? tahun ketiga , dia pula yang pergi . di panggil ILAHI .. juga yang hampir dengan diri ini .. juga darah daging sendiri .. 3 tahun .. hilangnya 3 orang yg bermakna di hari-2 ...
... hati terdetik ,
mengapa begitu berat ujian yang harus di lalui ?
... hati memujuk ,
ALLAH tidak akan menguji setiap hamba melebihi kemampuan hamba itu sendiri ..
... hati terdetik lagi ,
mengapa harus aku yang melalui ujian ini ?
... yang lainnya memujuk ,
tandanya ALLAH sayang akan diri kamu . DIA mahu kamu sentiasa mengingati DIA ,sentiasa mendekatkan diri padaNYA dan tidak lalai dgn kehidupan dunia ..
mengeluh ...
berfikir sejenak ,
mungkin masih banyak lagi kesalahan atau dosa atau mungkin juga maksiat yang dilakukan di dunia ini ?
tarik nafas dalam-dalam ...
lepaskan dengan sepenuh hati . seolah-olah melepaskan satu bebanan yang berat ..
mengimbas kembali setiap kesalahan , dosa dan maksiat yang pernah di lakukan ..
merenung ke hadapan .. kosong .
memang banyak perkara salah , dosa dan maksiat yg dilakukan di dunia ini . mungkin dalam sedar . atau mungkin juga tidak ..
semua perkara itu boleh mencetuskan kemarahanNYA ..sedarkah hati tentang itu ?
cuba berfikir lagi , sama sahaja bila di tempat orang , pasti setiap salah ada balasan . setiap salah ada teguran ..hidup di dunia ini juga pinjaman .. hak milik TUHAN ..
fikir lagi ,
pernah terdetik soalan ini
"adakah mereka yang di uji oleh ALLAH adalah mereka yg banyak mekakukan dosa & maksiat ?"
" kenapalah semua benda jadi macam ni .. berat sungguh ujian ini .kenapa mesti jadi macam ni ?!! menangis ..
" ALLAH sedang menguji hambaNYA .. redhalah dengan setiap ujian yang di berikan olehNYA ,,." tarik nafas ..
"hati ini sudah redha .. andai tidak , mungkin sudah tiada di sini .. andai hati ini tidak sabar, apa saja kemungkinan boleh berlaku .." mengeluh , . menangis .
"redhakah hati andai masih mengeluh dengan setiap qada' dan qadar yang telah di tetapkan olehNYA ?? redhakah seperti itu andai mulut masih belum berhenti mengeluh ?? seolah-olah menyalahkan takdir di atas setiap apa yang berlaku ??"
senyap seketika ......
merenung jauh ..
astaghfirullahal'azim... ya ALLAH , benarkah hati ini redha andai hati ini masih belum mampu rela . ikhlas . ya ALLAH , redhakanlah hati ini untuk menerima segala ujian dari-MU ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment