Tuesday 24 March 2015

For the time being

Assalamualaikum...

Hai.

Emm. Macam mana nak mula ayat ya ? Hahaha.

Okay. Tak ada nak cakap apa pun. Cuma nak bagitahu untuk beberapa ketika mungkin blog ini akan jarang di update kerana saya lebih kerap menghapdet entri dekat blog satu lagi. Eheh.

Bukan tak hapdet langsung kat sini tapi mungkin jarang jarang. Bukan apa, saya harus memilih untuk lebihkan kasih sayang kat yang mana satu. Ok. Dah mengarut ni. Abaikan.

Okay, sebenarnya saja je. Sebab niatnya nak design balik blog ni dan ingatnya nak ubah sikit sikit kalau jadi, In shaa Allah.

Jadi, lepas ni saya akan banyak menghapdet belog kat sini ya. Jemput jenguk ya. Heh . :3

Ok. Wassalam.

Oh ya. Sebelum terlupa. Esok ada quiz sebenarnya. Ok. Quiz je pon kan...  erkk. Kalau ada yang sudi doakan terima kasih in advance .

*malu*

Adios.

Salam sayang.

Wednesday 4 March 2015

Bus Stop

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita kejadian beberapa minggu lepas. Waktu tu aku kat KL sentral, nak ambil bas nak balik Shah Alam. Rasanya waktu tu aku baru sampai KL dari Terengganu. Ya, cuti waktu CNY hari tu. Kebiasaannya kalau naik bas pagi, petang dah sampai. Tapi hari tu memang jalan jem teruk, jadi malam baru sampai. T-T Risau jugak lah aku waktu nak balik hari tu sebab dah lama tak balik malam. Okay sambung balik cerita tadi. Emm, dekat bus stop tu memang ramai la orang tengah tunggu bas sebab entah kenapa tetiba hari tu Rapid KL buat hal pulak. Ada sesetengah bas yang tak datang. Aku tahu pun sebab aku dengar ada pakcik yang duk membebel sebab dia tunggu bas nak dekat tiga jam tapi tetap tak sampai sampai jugak. Aku diam je lah. Walaupun sebenarnya aku pun tengah geram jugak sebab aku pun dah lama tunggu bas kat situ tapi tak sampai sampai. T-T

Selain dari orang yang sempurna yang tengah tunggu bas kat situ, ada jugak beberapa orang yang buta yang tengah tunggu bas kat situ. Memang kesian, dengan keadaan mereka macam tu. Dah la orang ramai, nak berjalan pun agak susah. Pastu kan, waktu aku duk perhati je kat setiap orang yang ada kat situ, ada la aku nampak seorang akak buta. Dia baru je sampai dekat bus stop tu. Ada orang pimpin dia waktu tu. Kebetulan pulak waktu tu bas yang dia nak naik tu ada kat situ. Tapi kan, hati aku ni sakit jugak lah tengok kelakuan pakcik pemandu bas tu. Sebabnya, perempuan india yang tolong pimpinkan akak buta tu dah tolong tahankan bas tu suruh berhenti sebab akak buta tu nak naik tapi dia tak berhenti pun dan buat tak tahu buat tak nampak je. Bas tu jalan macam tu je. Mula mula tu aku cuba husnuzon (sangka baik) gak ah sebab mungkin pakcik bas tu tak nampak. Tapi bila akak yang buta tu pun cuba untuk tahan jugak bas tu dengan menghalakan tongkat dia betul betul kat depan bas tu, macam tak logik jugak lah kan kalau pakcik tu tak nampak. Maaflah kalau kasar, tapi aku nak cakap jugak, yang tak nampak orang yang tahan bas tu, bukan orang yang pandu bas tu. Kalau terlanggar akak tu macam mana ? *geram*  Kesian lah dekat akak tu, lepas tu lama pulak lah dia nak kena tunggu. Dahla bas yang datang lepas tu dia tak boleh nak naik jugak sebab dah full. Hmm, itu sebab lah aku geram sangat dengan pemandu bas tu.

Okay, habis cerita pasal tu. Nak cerita pulak yang lain. Waktu aku tengah duk tunggu bas tu, ada la sorang pakcik cina ni, dia pun buta. Waktu dia jalan jalan tu tongkat dia terkena kat kaki aku. Tak apalah sebab dia memang tak nampak. Dengan keadaan orang yang ramai tu lagi. Lepas tu dia pun berdiri kat sebelah aku. Dia tanya la kat aku, ada tak bas (dia sebut nombor bas) yang dia nak naik. Tapi waktu tu memang tak ada pun bas yang dia nak naik tu lalu kat situ. Lepastu dia pun sebut la nombor beberapa bas yang dia boleh naik untuk balik ke tempat dia. Aku pun dengar la sambil tengok tengok kalau kalau ada bas yang pakcik tu nak naik lalu kat situ. Waktu aku tengah berdiri kat situ sebenarnya dah lama aku duk bau asap rokok. Memang aku tersangatlah geram sebenarnya sebab aku memang tak suka bau asap rokok. Rasa macam lemas dan tak boleh bernafas. Tapi waktu aku kat situ macam dah tak boleh nak lari sebab memang ada beberapa orang jugak lah yang tengah hisap rokok kat situ. So, banyak la asap rokok yang berterbaran di udara kan. Eh, betul ke tatabahasa aku tu ? Biarlah. Abaikan. Haishh, pencemaran udara betul. *jeling* Dan tiba tiba pakcik cina yang duk sebelah aku tu, mendengus. Cehh, mendengus. Eh tapi betul la. Dia macam mendengus nak marah cam tu lah. Seingat aku dia cakap macam ni lah lebih kurang, 'eii bau asap rokok ni busuk la. Jijik la bau dia. Macam bau najis bau asap rokok ni.' Pehh, terkejut aku waktu dengar tu. Hahaha. Dahla dia cakap kuat. Aku rasa dia memang saja nak suruh orang yang hisap rokok tu dengar agaknya. Aku diam je. Speechless jugak lah kan. Tapi, serius cakap, aku tak suka, nak marah, benci, geram macam mana sekalipun tak adalah sampai aku berani cakap macam tu. Paling tak pun aku akan perli perli geram macam tu je lah. Dan mendengus sikit sikit nak suruh orang yang merokok tu faham sikit yang aku tak suka dia duk hembus asap rokok depan aku atau kat tempat kawasan aku duduk. Hmm, mungkin aku tak berani nak cakap lebih lebih sebab aku ni perempuan. Yang duk hisap rokok tu pulak lelaki. Jadi, macam bahaya gak lah kan. T-T.

Waktu pakcik tu marah marah, aku tak tahu nak respon macam mana. Hahaha. Jadi aku diam dan senyum je dan angguk angguk macam tu je lah walaupun aku tahu dia tak nampak pun aku buat macam tu semua. Haihh. Jadi, aku rasa dia sangat lah tak suka bau asap rokok sampai dia cakap macam tu. Tapi aku pun memang sangatlah tak suka orang hisap rokok, terutama sekali kalau depan aku. Hmm, macam tak reti nak hormat orang la kalau hembus asap rokok tu sesuka hati sesedap rasa diorang je. So, itu je aku nak cerita sebenarnya. Beberapa kejadian dekat bus stop. Tapi kan aku faham betul la perasaan orang yang tak suka dan nak marah bila ada orang merokok dekat kawasan mereka berada sebab aku pun rasa perasaan yang sama. Jadi, konklusinya, orang yang nak merokok ni elok pergi jauh jauh la, jangan nak duk dekat dengan orang lain sebab kebanyakan orang sangat lah tak suka nak sedut bau asap rokok tu. Ye lah. Siapa je yang suka kan ?

Ok?

Adios.

Salaam .

Monday 2 March 2015

Tak Kuat

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah.

Tulisan ini ikhlas dari hati.
Tak pasti samada ini suatu pengakuan atau luahan. Atau mungkin kedua duanya sekali.

Aku lihat ramai dari mereka yang buat silap. Sejenak aku tersedar aku juga silap.
Aku lihat ramai dari mereka yang langsung tak hiraukan soal agama. Sejenak aku terfikir, usaha aku untuk tolong agama sedikit mana?
Aku lihat ramai antara mereka yang hidup nya bebas. Sejenak aku terdetik, adakah aku yang leka, bilamana 'mereka' yang aku sebutkan adalah mereka yang aku kenal rupa dan nama?
Adakah aku seorang yang mengabaikan tanggungjawab?

Satu perkara yang sentiasa ada di fikiran . Mampukah aku untuk menjawab setiap persoalan yang bakal di soal di sana kelak? Di manakah aku yang seolah olah mengabaikan tanggungjawab?

Istighfar. ALLAH, ampuni aku. Ampuni mereka.

Sungguh, aku tak kuat. Suatu perkara yang aku tak malu untuk berkata.

Ya. Ingin aku ulang sekali lagi. Aku tak kuat. Lagi, aku tak kuat. Ya. Aku tahu betapa lemahnya aku. Mungkin aku punyai jasad yang kuat. Tetapi kekuatan iman tidak bergantung kepada kekuatan jasad.

Sungguh, aku tak mampu. Aku juga sedang memperbaiki diri. Memperkukuh tempat aku berdiri. Mencari jalan yang hakiki. Sepi aku kerana cuba untuk bersendiri, supaya pada pemikiran aku mampu aku temui diri dengan cara itu. Aku menunggu dan masa terus berlalu. Tapi sejenak aku sedari, berjalan lah sambil mencari. Mungkin dengan cara itu aku akan temui identiti diri. Tidak ada gunanya aku masih berada di tempat yang sama.

Aku pernah mengeluh. Mengeluh dengan diri sendiri. Kerana sekecil kecil perkara aku masih belum mampu untuk menegur. Kadang aku sendiri tidak tahu kenapa dengan diri aku.

Sebelum aku kenal dunia aku yang kini, aku tahu mereka yang menegur pasti akan di cemuh, di caci, di maki. Bukan aku tak pernah lalui semua itu. Adakah aku lemah di sebabkan oleh perkara itu?

Sungguh, aku masih berusaha. Berusaha untuk jadi kuat. Untuk jadi seorang yang mampu untuk memperbetulkan sesuatu perkara yang aku sendiri tahu ianya salah. Bukan hanya memandang tanpa perasaan. Proses untuk aku jadi lebih baik itu sentiasa berjalan. 'Work in progress'.

Aku juga mohon doa dari kalian. Maaf atas segala kekurangan dalam penulisan mahupun di luar.

Terima Kasih.

Sunday 22 February 2015

Midterm


assalamualaikum .

esok saya exam . nak cakap tu je . LOL .

taklah . bukan itu aje . tapi nak mohon doa jugak dari kalian semua . *tutup muka*

mohon doakan saya di permudahkan segala urusan untuk hari esok dan hari hari seterusnya .

maaf juga andai ada salah dan silap . andai ada terkasar bahasa . maaf . ikhlas ni . *sengih*

ok . terima kasih in advance bagi yang mendoakan saya .

in shaa ALLAh doa saya bersama kalian juga . :')

salam maghrib .

salam sayang .

adios .

 spread love .

p/s: sini link blog baru saya . :')

Berhabuk Lagi



assalamualaikum...

lamanya tak menulis .


maaf . lama tak kembali .
bukan apa , tapi masih sibuk mencari identiti diri .

maafkan diri ini .

sepanjang tak menulis ni , banyak perkara yang terjadi .
selalunya aku akan luah kat sini .
tapi buat ketika ini, 
biarlah ianya hanya tersimpan dalam hati .

banyak benda yang aku fikirkan . tapi masih belum sempat untuk berkongsi .
maaf sekali lagi . 

in shaa ALLAH blog ni akan di isi lagi . mungkin selepas ini . in shaa ALLAH .

selamat malam . :')

salam sayang

spread love .

Sunday 14 September 2014

Cermin



credit to google



Nah . Assalamualaikum .

Hai dan hai .

Hm . Tajuk entri tu macam ada kena mengena lah jugak sikit dengan apa yang saya nak tulis ni . Hehhe .

Emm . Cermin . ?
Apakah ?

Cermin ni , kalau kita tengok , dia akan pantulkan diri kita , atau dengan kata lain , apa yang ada pada diri kita itulah yang akan cermin pantulkan atau boleh juga saya katakan , bila kita berdiri depan cermin , kita
akan lihat diri kita .

Haha . Maksud yang sama je sebenarnya .

Mesti pernah dengar kan ayat ayat macam ni . Samada kat TV atau kat dunia realiti atau kita sendiri yang 
pernah cakap kat orang lain atau orang lain yang pernah cakap kat kita . Heh .

Ayat 1 : kau pergi balik rumah cermin sikit muka kau tu .
Ayat 2 : kau pergi lah cermin diri kau tu sikit .

Dan ayat ayat yang sewaktu dengannya .
Biasa nya ayat menyindir atau ayat nak marah lah macam tu . Biasanya .

Tapi tapi tapi , ayat tu memaksudkan yang orang yang berkata tu macam nak suruh kita lihat diri kita . Sebab tu dia suruh pergi cermin . Macam nak suruh sedar diri gitu lah . Heheh .

Em . Penat eh duk membebel pasal cermin je . Haha . Okok . *serius .

Hm . Sebenarnya nak cakap , Memang . Memang cermin memantulkan siapa diri kita . Tapi pernah tak kita terfikir bila kita cerminkan diri kita , apa yang kita lihat , itulah yang orang lain lihat . Maksudnya , pakaian kita , penampilan kita dsb.

Tapi , nak di highlight kan kat sini sebenarnya , kadang kadang kita ni boleh jadi cermin pada orang lain . Contoh paling mudah , ibubapa dan anak anak .
Hm , kita tengok sekarang ramai budak budak atau remaja yang jenis tak dengar cakap , melawan ibubapa , cakap benda yang bukan bukan , pakaian dedah sana sini , keluar melepak sampai tengah malam dsb .

Kadang kadang antara sebab diorang jadi macam ni sebab cermin yang mereka lihat tu bukanlah cermin yang sepatutnya . Atau dalam erti kata yang senang , salah ikutan . Tapi , saya cakap kadang kadang . Yelah , sebab sebenarnya mungkin jugak sebab mereka jadi macam tu kerana kurang didikan . Tapi , kadang kadang saya lihat , mereka jadi macam ni sebab mereka tengok apa yang ada depan mata mereka . Ibubapa lah orang yang selalu bersama anak anak terutama sekali dalam waktu umur mereka sekitar dari lahir hingga ke 6 tahun . Waktu ni kanak kanak akan dengar dan ikut apa yang mereka nampak . Sekarang saya perhatikan , ramai kanak kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun dan ke atas dah pandai bercakap yang bukan bukan , mencarut dsb. Dari mana mereka belajar semua ni ? Dari persekitaran . Dan kadang kadang apa yang ada di sekitar mereka tak sesuai dengan kehidupan mereka yang tengah nak membesar tu . Tapi ada juga jenis ibubapa yang tak kisah , buat benda tak elok depan anak anak , pakai pakaian yang seksi seksa bila keluar rumah , bercakap benda yang bukan bukan dsb. , macam mana anak anak mereka tak terikut ? Mungkin anak anak akan kata , 'alah , mak ayah aku pun mencarut' atau 'alah , mama pakai skirt pendek boleh , takkan aku tak boleh .'

Inilah antara silap ibubapa . Silap didikan dan tunjuk ajar . Okay lah . Sebenarnya banyak lagi contoh contoh lain , ni hanya sebagai contoh realiti yang jadi pada zaman ni .

Dulu , ustazah pernah cakap , kalau nak anak jadi baik , kita dulu yang kena jadi baik , sebab anak anak akan dengar apa yang ibubapa mereka cakap dan lihat apa yang ibubapa mereka buat dan mereka akan ikut . So , fikirlah , kalau kita sendiri pun tak baik , macam mana kita nak anak kita jadi baik ? Mungkin ada orang yang tak kisah kalau anak dia kurang baik atau tak baik . Ya , mungkin ada ,  mungkin takde . Tapi memiliki anak yang soleh solehah tu adalah satu anugerah . Yelah , sebab anak yang soleh dan solehah akan mendoakan ibubapa mereka . Tapi , kalau anak kurang baik , ibubapa jugalah yang akan susah hati . Melainkan kalau ibubapa yang memang tak sayangkan anak . So , saya bukanlah nak membebel apa sangat . Cumanya , kita kena ingat , kita ni cermin kepada anak anak kita . Jadi , tunjukkanlah pantulan yang terbaik untuk mereka . Sebab apa yang mereka lihat , itulah yang mereka akan buat . Jadi didiklah anak anak dan berilah tunjuk ajar yang terbaik untuk mereka .

Dan .

Ada lagi , haa . Kadang kadang cermin ni jugak boleh kita gunakan untuk muhasabah diri . Hm ? Acaner ?
Ok . Let me tell you , cuba berdiri depan cermin , tengok setiap inci wajah kita . Hidung , mulut , mata dsb . Ucaplah Alhamdulillah . Sebab apa yang ada pada diri kita sekarang adalah nikmat dari Allah . Bersyukurlah . Sebab Allah masih bagi kita bernafas dengan hidung , bercakap dengan mulut , melihat dengan mata dan sebagainya . Bersyukurlah kerana Allah ciptakan manusia dengan cukup sempurna . Jadi , bersyukurlah atas nikmatNya yang tidak terkira . 

C'mon lets say Alhamdulillah . :)

Spread Love .

Salam sayang .
Adios .
  

Thursday 11 September 2014

GooD LucK



credit to pakcik google




Assalamualaikum .

Hi . *lambai tangan .
Eh . Hehe .
Ok . Sekarang mood nak menulis memang tengah ada . Dan sekarang jugak dah habis final exam . Dan tengah bercuti . Hm . Orang lain baru masuk uni lebih kurang seminggu yang lepas nak masuk dua minggu dan saya masih di sini baru habis foundation studies dan minggu depan dah nak kena masuk kolej lagi untuk 
register for degree .
Heh . Cuti sekejap je . Tak aci betoii . *buat muka tak puas hati .

Eh . Ter membebel pulak .
Hahaha .

Ok . Entri kali ni tak dak nak cakap apa sangat pon . Cuma nye nak ucapkan tahniah kat kawan kawan yang dah berjaya melangkah ke universiti . Saya amat berbangga dengan anda anda semua . Tahniah sangat . Alhamdulillah . Rezeki masing masing Allah dah tentukan . Dan , sepanjang pemerhatian saya , ramai yang dapat sambung ke ipta yang hebat hebat belake . Takpe . Kat mana pun kita belajar sama je . Semua untuk tujuan yang sama . Nak cari ilmu . Kan ?
Emm . Dan , saya rasa kursus yang depa depa ni dapat tak kurang hebatnya . Semua bagus bagus . Hm tak kiralah kos sains , agama atau sastera . Eh , ad ke sastera ? Tak pasti sangat . Wee . Maaf maaf .
Sebab tak sempat nak tanya semua .
Hehehe . *sengih tak bersalah .

Haa . Nak cakap tu je la . Dan , nak lah titipkan sedikit pesanan untuk semua dan untuk diri saya sendiri .
Hm . Dah masuk alam universiti ni kena lah pandai pandai jaga diri . Nak nak pulak yang memang jauh dari keluarga . Sebab apa ? Sebab waktu ni memang banyak sangat dugaan . Ye lah , sebab berdepan dengan dunia luar yang lebih luas dari sebelum ni dan dah tak di kawal oleh ibu bapa . Kadang kadang waktu macam ni lah bila kita buat silap kita tak sedar , sebab terlalu leka dan tak ada yang menegur . So , kenalah tegur diri sendiri . Tapi , bukan lah nak cakap tak ada langsung orang yang akan menegur setiap perbuatan kita yang salah , mungkin ada mungkin takde . So , kenalah pandai jaga diri . InsyaAllah , kawan kawan saya semua pandai jaga diri . :)

Sama samalah kita doakan sesama kita . Semoga sentiasa berada di jalan yang di redhai oleh Allah . Amiin .

Adios .
Spread Love .

Salam sayang ,
Kucing .