Sunday 17 August 2014

Nikah




Assalamualaikum .
Dan selamat pagi . Heh .

Awal pagi berbelog hari ni .

Eh ?

Yelah . Sebab hari ni ada event besar punya . Haha .

Hari ni takde nak cerita apa pon .

Tapi tapi tapi ,

Because today my friend is getting married , ( inilah event besar hari ni ) , I want to share an article with uollss . Article apa ?

Bacalah .

Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , kami menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .
Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
 
An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
 
Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
Merendahkan hantaran perkahwinan

6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
 
Suami
Isteri
Wali
Saksi
Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
Masih menuntut di kolej atau uniersiti
Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , untuk tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan 
akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya.

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

oleh ustaz nasrudin hassan tantawi

Artikel ni di petik dari satu website . Dot dot dot . Tak kisah lah kan pape pon .

Cuma nak berkongsi .

Ok lah . I'm on my way ke majlis kahwin ni . Tapi tak sempat dengan akad nikah . Sob sob sob T-T .
Sebab nak kena ke airport dulu demi menjemput sahabat terchenta . Haha .

Salam sayang .

Spread love .

Adios . 

Sunday 10 August 2014

Repent






Hai . Assalamualaikum . Bertemu lagi kita .

Sementara masih ada kelapangan waktu ni eloklah digunakan untuk hapdet blog . Dua minggu lagi dah nak final exam for last semester . Mohon doa sikit dari kalian semua . Semoga di permudahkan segala urusan . Amin .

Hm . Repent .

Taubat .

U-turn .

Turning point .

Dan maksud yang seangkatan dengannya .

Jalan kembali .
Kembali ke mana ? Back to Him .

Who ?
Our creator .

Dan tak ramai yang pilih jalan ni .
Some people pilih untuk tetap berada di jalan yang salah . Sebab mungkin sometimes dia rasa dosa dia dah terlalu banyak dan dah tak terampunkan .

Say who ?
Mana ada dosa seorang hamba yang tak terampunkan kalau dia benar benar bertaubat dan ingin kembali pada jalan yang di redhai Allah .

Allah itu maha pengampun . Pengampunan Allah itu sangat lah luas .
Ada orang yang pilih jalan untuk kembali , tapi di pertengahan jalan dia tersungkur .
Macam apa yang aku cakap dalam entri yang serba ringkas sebelum ni ,  nak tetap teguh berdiri dan berjalan di landasan yang benar tu bukan mudah . Dan perlu kekuatan .
Saat kita mula berubah dan pilih jalan yang benar , Allah akan datangkan ujian untuk menguji tahap keimanan kita .
Sedangkan Allah dah nyatakan dalam Al Quran bahawa ada berita gembira untuk orang orang yang sabar .
Orang yang beriman itu adalah orang yang sabar bila di datangkan ujian kepadanya .

Tepuk dada tanya hati .
Berimankah kita ?

Ada orang fikir dia dah bersabar dengan ujian yang Allah datangkan , tapi kenapa tak pernah datang kesenangan selepas setiap kesusahan yang dia alami ?
Mungkin kita tak cukup yakin dengan janji Allah dalam Al Quran . Atau mungkin sebab kita tak cukup sabar waktu Allah datangkan ujian .
Orang yang sabar tidak mengeluh tetapi bersyukur .

Kita ?
Ramai manusia bila di datangkan ujian , mereka mengeluh . [aku juga manusia]

Ok .
Hm . Sambung lagi pasal repent .
Bila hati rasa tak tenang maksudnya ada sesuatu yang tak kena lah tu dalam diri kita .
That's why kita kena back to Him .
Kembali kepada fitrah .

Orang cakap , bertaubat sebelum terlambat .
Hlovate cakap before the eleventh hour .
Sebelum Allah cabut nyawa .

Hm .
Setiap hari bila kita bangun dari tidur dan buat rutin harian macam biasa . Kita masih hidup dan masih diberi nyawa oleh Allah , seharusnya kita bersyukur . Sebab Allah masih lagi bagi kita kesempatan untuk kita memohon ampun dariNya atas segala dosa yang kita pernah lakukan pada hari sebelum .
Andai kata kita tak sempat untuk semua tu , yakin ke kita dapat tempat yang baik di akhirat sana ? Tak 
terkilan ke kalau mati tapi dalam keadaan yang banyak dosa . Nauzubillah .

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة , ولا تختم علينا يا الله بسوئ الخاتمة



Semoga hidup kita semua berakhir dengan kesudahan yang baik . Amin.

Jadi , jangan tangguh untuk memohon ampun dari Allah.
Jangan tangguh taubat .
Jangan buat buat tak ingat .

Dalam hidup ni , ada dua jalan .
Satu jalan yang mudah , satu jalan yang susah .
Dan kebiasaannya , jalan yang mudah adalah jalan yang salah , dan jalan yang susah adalah jalan yang benar .
Bila seseorang pilih jalan yang mudah , perjalanan di awalnya tu memang la mudah , tapi pengakhirannya banyak masalah yang akan di hadapi di sebabkan kemudahan yang dia dapat di awal perjalanannya . Namun andai seseorang itu memilih jalan yang susah , pengakhirannya dia akan menemui kesenangan hasil dari kesusahan yang dia lalui pada awalnya .
Sama la jugak macam hidup kita . Perbuatan kita . Keinginan kita .
Dosa itu memang menyeronokkan pada awalnya , tapi pengakhirannya , setiap perbuatan dosa kita akan di balas .
Samalah seperti pahala . Nak buat sesuatu kebaikan tu sangatlah susah . Pahit . Tapi manis pada akhirnya . Setiap perbuatan baik kita akan di balas dengan nikmat Allah di akhirat kelak .

Syurga dunia bagi orang yang suka melakukan dosa .
Syurga akhirat bagi orang yang mematuhi perintah Allah dan meninggalkan laranganNya .

Sekian entri yang serba kekurangan dari saya .

Mohon doa dari anda semua .

سلام عليكم .

Salam sayang ,

Spread Love .

Sunday 3 August 2014

This Is Life

credit to google



Salam . Hi .


Semoga sihat hendaknya semuanya . Oh . Maaflah penggunaan bahasa yang kacau sikit . Saya bukan orang sastera ...

Ok . Enough of merepek repek . Hehe .

Oh uollss . I think it's not too late to wish all of you happy Eid mubarak . Forgive me for all wrongdoings that I've done . Sometimes a bit annoying , irritating and all negative attitudes of me whatsoever . Hehe . Forgive me . And have a nice day ahead . Raya sebulan kan ? . Wuu .

Alright .

Hm . Actually , sekarang nih mata nih degil taknak lelap . So , dah tak tahu sangat nak buat apa tetiba teringat dekat blog yang dah berzaman tak update . Yang dah berhabuk ni . Maaf lah . Saya bukan kaki blogger . [who cares actually ?]

Aduh . See ? Merepek lagi . Okok . Enough .

This is life .


Tak namanya hidup kalau tak ada ujian .
Ujian pelengkap hidup .
Hm . Tapi , the things yang membezakan kita dengan orang lain ialah macam mana kita berdepan dengan ujian tu .

Ada orang yang terus asa .
Ada orang yang putus asa .

'Jangan berputus asa dari rahmat Allah '
Mesti pernah dengar kan ? Haruslah .

Hm . Macam mana nak hadapi ujian ?
Kalau nak berdepan dengan ujian haruslah kuat . Tetap dengan kekuatan yang sebenar .
Macam mana nak kuat ?

Doa .

Doa dan minta dari yang maha kuat supaya beri kekuatan kepada kita untuk tempuhi segala dugaan dalam kehidupan kita kat dunia ni .
Apa yang penting ? Doa dan mintaklah supaya kita sentiasa kuat dan tetap berdiri dan tak berputus asa dari rahmat Allah .

Biar Hati jadi Sado . Hehe .

Ok lah . Nak cakap tu je .
Sebenarnya kalau kita rasa lemah , itu hanyalah rasa semata . Eh ? Yup . Betul lah . Rasa je .
Tapi bila rasa tu datang , berdoalah pada Allah . Mintalah supaya kuatkan hati kita . Easy .
Tapi tak ramai manusia yang betul betul mintak benda yang satu tu . Manusia tu mungkin juga aku . Duh .
Dan aku tahu , nak tetap teguh berdiri dan terus berada di landasan yang benar tu bukan mudah .
Sebab tu kena tetap kuat . Doalah . Mintalah . 

Ok lah . Rasanya ini sahaja untuk kali ni . Maaf lah kerana entri kali ni sangat lah simple dan macam takde isi sangat . Maaf lagi sekali .

#SHRAMZB .


Spread love .

Salam sayang . Adios .
Kucing .