Friday 9 May 2014

Kuat




Salam alaikum . J

Heh . mood menulis tengah ada sekarang ni . so , jadinya rajinlah nak menulis .

Tajuk entri kali ni pulak kuat ? eh .

Ok . kuat ? siapa ? apa ? kenapa ? bagaimana ?

hm.
Beberapa hari je lagi dah nak melangkah ke semester baru . huhu . cepat sungguh masa berlalu . pejam celik dah nak final semester for foundation sudah . dan beberapa hari jugak lagi result untuk semester lepas akan  keluar . doakan yang terbaik untukku dan semua . amin . J

Sedar tak sedar dah setahun (approximately) aku duk kat kolumpo tu untuk belajar . yela . belajar . Dan dah macam macam benda pon aku lalui . pengalaman dan pengajaran dari setiap perkara yang aku lalui itulah . teringat pulak satu kisah yang agak tragis tapi agak kelakar lah jugak waktu semester pertama dulu . first presentation . nervous punya pasal . so , waktu berjalan nak ke kolej tu malang menimpa . lalu ku terjatuh di tengah jalan sewaktu ingin melintas jalan . hoho K . malu baq hang di tambah perisa pulak luka di tangan kaki dan baju dan kain yang dah koyak . ngee . haru sungguh . dan presentation hari tu memang la hacuss . ok dah . habis cerita .

Alright .
Sebenarnya nak cerita hidup zaman kolej ni . kita perlu kuat . tahu kuat yang macam mana ? kuatlah dari segi mental dan fizikal . mungkin fizikal tu ok la kalau tak berapa nak kuat sangat . tapi tak jugak . eh ? apa apa sajelah tapi baiknya kuatlah dari segi kedua duanya sekali . maka sesungguhnya ujian duk kat tempat orang dengan suasana yang amat berbeza dengan waktu zaman sekolah ni sangatlah merbahaya . kalau tak kuat , kemungkinan untuk kita jatuh tergelincir tu sangat la besar . walau siapa pun kita tapi kalau kita tak sentiasa mengingatkan diri kita , tak mustahil kita akan tergelincir . hm , bercakap berdasarkan pengalaman dengan orang keliling . eh .

Beware , Allah is watching you .
Hah . kalau orang yang memang betul memaknakan satu ayat tu memang la dia takut nak buat dosa . tapi kalau sebaliknya pula , apa cer ? heh . kadang manusia ni lupa . itulah punca utama . aku pun sama . seperti yang semua sedia maklum lah , hidup kat bandar ni terlalu bebas . takde siapa nak kisah kalau kita nak buat apa sekali pun . sebab itulah aku cakap kena kuat . lagi satu kena pandai jaga diri di samping pandai mencari kawan . jangan la cari kawan yang boleh tarik kita ke arah yang negative . oh jangan . itu memang bahaya . sebab berdasarkan pemerhatianku , kawan ni bagi pengaruh yang agak besar jugak dalam hidup seseorang itu . bila dah terpengaruh dengan benda negative habislah punah rosak segala benda . bahaya memang bahaya .

Lagi , jangan la nak ikut orang .
Ikut orang yang macam mana tu ? ok , contoh . kalau orang tu buat sesuatu benda tu nampak baik dan betul tapi hakikatnya benda tu tak elok dan salah , tak usahlah kita nak ikut . for example , zaman sekarang remaja fikir nak enjoy je . aku tahu . pergi gig . pergi clubbing . kalau kita yang memang tahu benda tu salah tak usahla nak ikut sikap mereka tu . biarlah mereka itu . semoga di beri petunjuk . dan kalau kita dah cukup kuat , tolonglah tunjuk , jangan kutuk . aku tak salahkan mereka yang pergi clubbing or whatsoever tu , mungkin mereka memang tak tahu . tapi buat mereka yang tahu pula tak usahla nak ikut sebab sudah terang lagi bersuluh yang kita memang tahu benda tu salah . tak semestinya bila kita tengok ramai orang yang buat benda yang sama , maksudnya benda tu betul . tak . big fat NO . so , kena ingat lah .

Dan.
Sebenarnya banyak lagi benda benda yang boleh menyebabkan kita leka . lalai . jatuh tersungkur tersepak tergolek dsb . tapi rasanya tak mampu nak tulis semua untuk saat ni . oh . lagi satu , tak payah la nak fikir nak berpasangan . itu bukan keperluan pon . adapun mereka yang berpasagan dalam erti kata yang haram tu maksudnya mereka itu berkehendak . bukan memerlukan . sebab , tiba masa bila kita perlukan seorang lelaki dalam hidup kita , Allah akan hadirkan seorang hambaNYA yang sesuai dengan kita sebagai seorang suami bukan kekasih . percayalah . ingat , Allah bagi apa yang kita perlu , bukan apa yang kita mahu .

Sekali lagi.
Nak tulis la ni . kita memang betul lah kena kuat . kalau tak kuat memang la akan jatuh . ya . jatuh memang boleh bangun . tapi kalau jatuh yang taknak bangun macam mana pulak ? ada je mereka yang jatuh dan taknak bangun . jangan sangka tiada . kuatlah untuk menghadapi godaan dunia . lagi lagi di zaman remaja . kuat mental . kuat fizikal . buatlah apa yang betul walau hanya kita sahaja yang buat . tinggalkanlah apa yang salah walaupun semua orang buat perkara tersebut . eh , dah macam konpius pulak ayat tu . abaikan . hm , sebab , yang benar tetap benar , dan yang salah tetap salah . kuat lah . kuat untuk kebaikan diri sendiri . sebab sekali kita jatuh , ia akan mengambil masa untuk kita bangkit kembali . abaikan bicara manusia . abaikan pandangan manusia . biarlah kita baik pada pandangan DIA .

Lagi satu.
Nak kuat perlukan pertolongan dari-NYA . ya . mintalah kekuatan dari yang maha kuat . InsyaAllah kita mampu untuk berdepan dengan godaan dunia .

Baiklah . itu sahaja .
Mungkin banyak lagi yang ingin di sampaikan .
Tapi di lain hari . InsyaAllah .
Untuk hari ini , yang mampu hanya ini .

Selamat malam .

Salam sayang .



Adios .

2 comments: