Friday, 9 May 2014

Lepas



Assalamualaikum .

Lama sudah tidak mengupdate blog . ku punya alasanku sendiri . eh ?
Abaikan ...

Termenung jap . renung masa depan . haha .

Ok . tajuk entri kali ni lepas . lepas apa ?

Lepaskanlah ... *buat gaya ala ala penyanyi gitu*
Haha . abaikan . sungguh tak sopan . tak solehah pon ye jugak .
Astaghfirullah . ok ok . dah sudah mengarut . ngee . A .

Lepas ? kenapa lepas ?

Ok . macam ni lah senang cerita . few days ago , tiba tiba ku terfikir . dan ku terperasan yang kadang kadang mak ayah ibu bapa umi abah ni sangatlah susah nak lepaskan anak anak mereka berjauhan dari mereka . hee . ok lah . senang cakap berjauhan tu macam pergi sambung belajar kat mana mana ataupun kerja dsb lah kan . dan ku terperasan lagi , yang paling susah bila nak lepas anak mereka pergi ke bandar (untuk mereka yang asal dari luar bandar la) . kenapa ? sebab mereka risau . risau dengan suasana bandar yang mereka sendiri maklum dengan keadaan kat tempat tempat macam tu macam mana .

Sebab apa lagi . bila lepaskan anak mereka , secara automatiknya anak mereka akan berada di luar pengawasan mereka . atau dalam erti kata lain , BEBAS . bebas ni la yang bahaya . kadang ibubapa takut sangat sebab bila mereka lepas anak mereka hidup di bandar dua tiga bulan dan bila balik ke kampung dah berubah tiga ratus enam puluh darjah . dari bertudung , tudung entah melayang ke mana dah . dari rambut hitam tukar rambut blonde . dari baju kurung tukar ke legging dan baju yang macam nak balut hadiah gitu (ketat) . itu untung kalau yang balik . ada jugak yang langsung dah taknak balik menjenguk mak ayah . kalau mereka duk dengan mak ayah mereka paling tidak ada lah jugak pengawasan mak ayah . dan kalau nak buat benda tak elok pon mak ayah boleh tegur larang lagi . tapi bila dah jauh ? siapa nak tegur . nak pulak bila terlibat dengan perkara negative .

Itulah sebab kenapa mereka susah sangat nak lepaskan anak anak mereka jauh dari mereka . so , bila mak ayah tak benarkan anak mereka pergi berjauhan dari mereka memang ada hikmah la . mungkin sebab mereka taknak anak mereka terlibat dengan benda negative yang ada dekat sana . bukanlah nak cakap dekat sana tu memang wujud perkara yang negative aje . tapi kebanyakannya macam itulah . ada aje yang positif . tapi harus dicari . kalau tak , memang takkan jumpa . sebab memang yang positif tu dah tenggelam dengan yang negative . sampai pernah ada seseorang tu bagitahu kat aku yang dekat Ke EL tu bukanlah tempat yang terbaik untuk cari ilmu agama . belajar agama . mungkin sebab persekitaran . ya . environment yang langsung tak membina . sometimes , ramai yang mudah terpengaruh sebab berkawan . dan ada jugak yang terpengaruh sebab persekitaran . ya . dua benda yang mudah sangat manusia nak terpengaruh dengannya .

Hmm . rasanya itu ajelah yang nak cerita . so sebenarnya nak cakap kat sini , memang kalau mak ayah ibu bapa umi abah  memang tak benarkan anak mereka pergi jauh dari mereka tu memanglah bersebab . as we know , setiap benda berlaku tu pasti bersebab . so , bila mak ayah larang tu pasti lah bersebab . ok lah . malas nak cerita panjang .

Salam sayang .


I