Monday 2 March 2015

Tak Kuat

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah.

Tulisan ini ikhlas dari hati.
Tak pasti samada ini suatu pengakuan atau luahan. Atau mungkin kedua duanya sekali.

Aku lihat ramai dari mereka yang buat silap. Sejenak aku tersedar aku juga silap.
Aku lihat ramai dari mereka yang langsung tak hiraukan soal agama. Sejenak aku terfikir, usaha aku untuk tolong agama sedikit mana?
Aku lihat ramai antara mereka yang hidup nya bebas. Sejenak aku terdetik, adakah aku yang leka, bilamana 'mereka' yang aku sebutkan adalah mereka yang aku kenal rupa dan nama?
Adakah aku seorang yang mengabaikan tanggungjawab?

Satu perkara yang sentiasa ada di fikiran . Mampukah aku untuk menjawab setiap persoalan yang bakal di soal di sana kelak? Di manakah aku yang seolah olah mengabaikan tanggungjawab?

Istighfar. ALLAH, ampuni aku. Ampuni mereka.

Sungguh, aku tak kuat. Suatu perkara yang aku tak malu untuk berkata.

Ya. Ingin aku ulang sekali lagi. Aku tak kuat. Lagi, aku tak kuat. Ya. Aku tahu betapa lemahnya aku. Mungkin aku punyai jasad yang kuat. Tetapi kekuatan iman tidak bergantung kepada kekuatan jasad.

Sungguh, aku tak mampu. Aku juga sedang memperbaiki diri. Memperkukuh tempat aku berdiri. Mencari jalan yang hakiki. Sepi aku kerana cuba untuk bersendiri, supaya pada pemikiran aku mampu aku temui diri dengan cara itu. Aku menunggu dan masa terus berlalu. Tapi sejenak aku sedari, berjalan lah sambil mencari. Mungkin dengan cara itu aku akan temui identiti diri. Tidak ada gunanya aku masih berada di tempat yang sama.

Aku pernah mengeluh. Mengeluh dengan diri sendiri. Kerana sekecil kecil perkara aku masih belum mampu untuk menegur. Kadang aku sendiri tidak tahu kenapa dengan diri aku.

Sebelum aku kenal dunia aku yang kini, aku tahu mereka yang menegur pasti akan di cemuh, di caci, di maki. Bukan aku tak pernah lalui semua itu. Adakah aku lemah di sebabkan oleh perkara itu?

Sungguh, aku masih berusaha. Berusaha untuk jadi kuat. Untuk jadi seorang yang mampu untuk memperbetulkan sesuatu perkara yang aku sendiri tahu ianya salah. Bukan hanya memandang tanpa perasaan. Proses untuk aku jadi lebih baik itu sentiasa berjalan. 'Work in progress'.

Aku juga mohon doa dari kalian. Maaf atas segala kekurangan dalam penulisan mahupun di luar.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment