Tuesday, 4 February 2014

tak tahu



like seriously . i don't ever know how can people do the same mistakes again and again . somehow . aduh . kenapalah . i wonder . bukan tak tahu yang benda tu salah . weird . mungkin dorongan hati yang membawa kita untuk melakukan sesuatu perkara walaupun kita tahu ianya salah . Astaghfirullah . sebenarnya entri kali ni takde nak cerita apa pon . cuma , aku macam nak sangat tahu kenapa la manusia termasuk aku selalu je ulang kesalahan yang sama . tak kisahlah dalam hal apa sekalipon . sebenarnya patut tepuk dada tanya hati . iman tu tebal nipis mana ?

hm , mungkin sebab iman tu lagi nipis dari kulit bawang . sebab tu lah tak mampu nak mengingatkan hati agar tak lupa . ya . sifat manusia mudah sangat lupa . di tambah perisa pulak dengan sifat syaitan yang sentiasa nak menyesatkan manusia . elok sangat lah . manusia pulak mudah tergoda . tak mampu nak melawan nafsu . sebenarnya bukan tak mampu , tapi lebih kepada membiarkan nafsu menguasai diri . itu yang parah . kalau di biarkan lama lama , memang lah ia akan berkekalan dan hidup tu akan di kawal oleh nafsu semata .

susah jugak . tapi , takde yang susah dengan usaha . apa yang perlu , kena la pandai kawal nafsu . dan jangan mudah sangat nak tergoda dengan hasutan syaitan laknatullah . jangan biarkan nafsu mengawal diri kita . gunakan akal yang waras untuk menilai sesuatu perkara . baik dan buruknya . pesanan ni untuk diri sendiri jugak . dan semua . sebab kita semua manusia . pelupa .