Tuesday 4 March 2014

Sentap Loh

hm .

the story begin .
ceewaahh . haha . ok . lawak hambar .
lama dah jugak tak menghapdet blog ni . hm . bukan apa . tapi busy sikit .
hek eleh . selalu pon memang busy sangat la . *tangan ke bahu.buat muka annoying*

ok lah . membebel bukan bukan pulak dah . haih . awat dok lari dari topik pulak dah ni .

hmm . few weeks ago , or maybe last month la . tak sure . aku rasa macam sentap loh . sentap sangat . haihh . apa kena la dengan hati . what's wrong dear ? haha . soal diri sendiri .

waktu tu memang ujian datang bertimpa timpa . don't know why . but , never mind la . ALLAH uji sebab sayang right ? ok . ini bukan perasan . ini kenyataan .  sangka baik deh . atau mungkin banyak sangat dok buat dosa dan leka . mungkin ALLAH nak tegur lah tu . haila hati . awat asyik dok lupa je ni ?

please . don't do the same mistakes . again and again .

but sometimes , aku lah manusia yang lupa tu . tapi kita cuba lah perbaiki .

hmm . sentap sebab ?

waktu dok kena uji tu rasa macam berat sangat . mau tak berat cek oii . waktu tu nak balik kampung , but then beg laptop tertinggal dekat library . dalam beg tu semua benda penting la ada . beg duit dan barang-2 kat dalam tu , broadband , laptop , dua biji phone DLL . malas nak sebut semua . but semua barang barang yang penting la . dan , tiket bas pon ada kat dalam tu . haihh . rasa dah macam apa dah .

sebenarnya benda jadi macam ni sebab aku jugak . dah tahu hostel tu jauh dari kolej tapi masih jugak nak balik hostel kejap sebab nak ambil charger phone . hm . dan , memang tak sempat lah nak berkejar balik ke kolej balik sebab waktu sampai library tu library dah tutup .

cuba nasib lagi sebab ada kemungkinan je kunci library ada dengan mak guard kat kolej tu . tapi semua usaha hampa . sebab memang librarian je yang pegang kunci tu . so , waktu tu dah putus harapan . dah mengalah dan mengeluh . mengeluh sehabis mungkin .

terus jalan pergi surau . dah tak tahu nak pergi mana . kolej pon dah takde orang dah waktu tu . surau pon gelap dah waktu tu . tapi kaki melangkah jugak . sebab macam dah takde arah tuju . sampai surau , bukak kasut , masuk terus terjelopok . duduk . menangis . tapi waktu tu memang sangat lah mengeluh . dengan duit takde nye . satu benda je yang ada waktu tu . handphone . itu pon kredit dah nazak . hahaha . bila ingat rasa macam nak gelak .

lepas tu timbul jugak keinginan dalam hati sebab rasa nak balik sangat sangat . so , di pendekkan cerita , ada la sorang akak dekat marketing ni tolong aku . bagi pinjam duit . aku pon bagi la kunci locker library dekat dia dan amanahkan dia untuk ambil laptop aku dan simpan dulu buat sementara waktu sebelum aku datang KL balik .

then , aku pon guna la duit RM15 yang akak tu bagi dan pergi la ke stesen bas . mintak copy tiket . alhamdulillah . boleh . dan , malam tu bertolak balik la ke rumah .

heh . ok . macam ni , waktu kat dalam bas tu ada la sorang makcik ni duk cakap fon dengan anak dia , pastu dia macam sedih macam tu la . aku dengar waktu tu dia cakap cucu dia sakit kat kampung . anak dia kat KL ni pulak baru bersalin . teruk jugak rasanya penyakit cucu dia tu . lepas tu ayat dia yang satu ni buat aku rasa macam 'ya Allah , banyak sangat aku mengeluh , kurang sangat aku bersyukur' . dia cakap , "takpelah .Allah uji kita sikit je ni . ujian orang lain mungkin berat lagi ."

pehh . itulah buat aku sentap . buat aku tersedar . padahal ujian aku taklah sehebat mana seperti orang orang hebat di luar sana . hm . rasa macam aku hamba yang tak bersyukur tapi banyak mengeluh . Allahu . astaghfirullah . dalam pada perjalanan hidup kita ni kadang kita leka . terlalu banyak mengeluh dari bersyukur  . sedang ujian kita taklah sehebat mana . sedang di luar sana masih ramai lagi manusia yang berat ujian nya kalau nak di bandingkan dengan kita . so , aku rasa lepas ni kena banyak bersyukur , berhenti mengeluh . dan lagi satu , pertologan ALLAH tu datang dalam pelbagai cara . ALLAH tolong aku melalui akak yang bagi aku duit tu . kalau dia takde hari tu belum tentu aku boleh balik waktu tu .jadi , bersyukurlah . alhamdulillah .

sama sama perbaiki diri .

Allahu . astaghfirullahalazim .

salam sayang .


No comments:

Post a Comment